Sunday, October 23, 2011

Bersalah kerana bunuh 4 pesakit


Tiga doktor di Brazil didapati bersalah membunuh empat pesakit dengan mengeluarkan organ mereka yang kemudian digunakan dalam beberapa pembedahan pemindahan organ di sebuah klinik swasta untuk golongan elit.

Hakim Negeri Sao Paulo, Marco Montemor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan enam bulan masing-masing terhadap Dr. Rui Sacramento, Dr. Pedro Torrecillas dan Dr. Mariano Fiore.
Sacramento dan Torrecillas didakwa melakukan pembunuhan kerana mengeluarkan kedua-dua ginjal beberapa pesakit dan menyediakan organ tersebut untuk dipindahkan.

Fiore yang merupakan seorang pakar bedah saraf pula didakwa bersama seorang konconya kerana tersilap mengisytiharkan beberapa pesakit mengalami mati otak dan meluluskan pengeluaran organ mereka.
Seorang lagi pakar bedah saraf yang didakwa dalam kes berkenaan, Antonio de Carvalho Monteiro meninggal dunia tahun lalu.

Sacramento pengsan apabila hukuman dibacakan pada Khamis lalu manakala anggota keluarga mangsa-mangsa kes tersebut saling berpelukan selepas keputusan mahkamah akhirnya memihak kepada mereka.
Kes itu disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai amat rumit kerana mengambil masa selama 25 tahun sebelum penghakiman dapat dibuat.

Pendakwa raya negeri Sao Paulo, Marcio Friggi de Carvalho memberitahu, kes itu timbul pada 16 Disember 1986 apabila ketua sekolah perubatan Universiti Taubate menyedari sebuah hospital gabungannya melakukan beberapa pembedahan pemindahan ginjal tanpa pengetahuannya.
Kalume kemudian memeriksa rekod berkaitan pembedahan-pembedahan tersebut dan menemui unsur-unsur mencurigakan.

Beliau seterusnya melakukan siasatan terhadap pasukan doktor berkenaan dan menyerahkan bukti yang ditemui kepada Majlis Perubatan Persekutuan iaitu agensi yang memantau dan mengeluarkan lesen amalan perubatan kepada doktor-doktor perubatan di Brazil, kata Carvalho.
Kes tersebut katanya diambil alih pihak polis sehingga membawa kepada penangkapan keempat-empat doktor berkenaan.
"Mereka membedah pesakit, mengeluarkan ginjal mereka dan menghantarnya," kata Carvalho.







.

Giuliana Rancic's husband Bill says presenter is 'doing well' after breast cancer surgery

Just two days after announcing that she has been diagnosed with breast cancer, Giuliana Rancic underwent surgery to remove the affected areas.
The 37-year-old E! News host had a double lumpectomy on Wednesday and according to her husband, Bill Rancic, 40, she is recovering well.
'She is doing well,' he told The Today Show this morning.
'It has had a tough year and a half, between IVF and this,' he said.
'There's many steps in the process when you go through this. Because it was on both breasts, the morning started off with a two hour MRI where they had to put a guide wire in so the surgeon knew exactly what area to remove.'
'She's a trooper. She pulled through it and was kind of relieved to get it over with and get the cancer out. She's doing well at home and recovering.'

'I’m adding nurse to my resume,' he joked before admitting that it had been an emotional day.
'I wish I could take some of the pain away,' Bill said.  

'Watching her being wheeled into that operating room was heartbreaking for me. I'm just doing everything I can to support her and make sure that she's comfortable and try to make her laugh as often as possible.'


'We're viewing this as a gift,' he said.
'It was caught accidentally very, very early.'
She put on a brave face to reveal her heartbreaking breast cancer diagnosis in front of the whole country on the Today show yesterday morning.










.

Perginya seorang pemimpin


Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.
Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.
Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.
Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.
Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.
Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.
Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.
NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.


Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.
Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.
Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.

"Tiada pembedahan autopsi keatas jenazahnya akan dilakukan hari ini (semalam) atau pada mana-mana hari," kata jurucakap majlis tentera Misrata, Fathi al-Bashaagha.
Sementara itu, NTC mengeluarkan kenyataan bahawa satu pentadbiran sementara akan ditubuhkan dalam masa sebulan. Rakyat Libya pula akan memilih pentadbiran baru dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi.
NTC akan mengisytiharkan pembebasan Libya di bandar Benghazi, timur Libya hari ini untuk membuka laluan kepada usaha-usaha mengubah negara yang kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara demokrasi.









.

Bila artis berang...

AKTOR Shahrukh Khan sebelum ini terkenal dengan sikap ramah-tamahnya dengan media. Namun, kini dia dipercayai sudah meluat dengan media.
Semuanya gara-gara laporan sebuah akhbar yang mengaitkannya dengan aktor Salman Khan.
Wartawan tersebut bertanyakan apakah pesanannya buat Salman yang kini sedang mengalami masalah gangguan saraf sehingga terpaksa menghentikan penggambaran.
Dalam temu bual bersama majalah Filmfare, Shahrukh berkata: "Beberapa orang wartawan bertanyakan kepada saya, apakah yang kamu ingin ucapkan buat Salman Khan? Saya menjawab, saya ucapkan semoga dia cepat sembuh."
Namun keesokan harinya sebuah akhbar telah memaparkan tajuk utama yang bertajuk 'Shahrukh mahu berdamai' sekali gus membuat dia berang.









.

Menantu zaman sekarang


Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.
Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.
Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.
“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.
Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.







.

Jerung bunuh pelancong


Seekor ikan jerung membunuh pelancong Amerika Syarikat yang menyelam di destinasi popular di Australia hari ini iaitu kejadian ketiga di negara berkenaan dalam tempoh dua bulan, kata polis.


Lelaki itu maut ketika menyelam di Pulau Rottnest, kira-kira 20 kilometer barat ibu negeri wilayah Australia Barat, Perth. Jurucakap polis berkata, badan mangsa mengalami "kecederaan parah".


Saksi berkata, jerung itu berukuran kira-kira tiga meter. Mangsa berusia 32 tahun itu masih belum dikenalpasti identitinya.







.

Mariah Carey shares adorable never-before-seen photos of twins



She has kept them under wraps for six months after becoming a mother.
But now Mariah Carey has given the world a look at her beautiful twin babies Moroccan and Monroe for the first time.
The singer created a website called Dembabies.com to give fans a glimpse into the never-before-seen family album of her adorable children.


From pictures of the twins in little duck outfits, to a shot of Mariah and Nick Cannon dressed up as The Incredibles, with Moroccan and Monroe clad in matching outfits, the six-month-old babies couldn't look cuter in the intimate shots.
Mariah and Nick wrote on the website: 'We deliberated for so long about how to reveal the first pictures of our babies to the world.
'We just didn't want to do the typical thing and display them in a tabloid (not that there's anything wrong with that).

'We decided to share this beautiful experience with you in a special intimate portrait of our family.'
They added: 'Parenthood is absolutely the most life changing experience we could ever have imagined. The love we feel for these babies is above and beyond anything we'd ever dreamed of.'
Mariah and Nick shared the website after the twins made their TV debut with Barbara Walters on TV show 20/20 last night.


The babies perhaps took after their famous parents, not looking at all upset at the cameras, and Moroccan clearly enjoying when his mother sang a a few lines of a song to him.
'They really respond to music,' said Mariah, while Nick said he wanted his children to have important careers, rather than work in entertainment.
“I want to make sure we get education first,” he said. 'Society puts too much on entertainment and entertainers.


'They praise them like they’re royalty, especially in America, where it should really be about the teachers or, you know, the doctors. I want them to be able to sing as beautifully as their mother.  I want them to be able to play instruments and everything.  But I want them like Go get a Ph.D.'
'You can help them with their homework because I know I’m not going to know anything about it,' joked Mariah.
However, it has not been all plain sailing for the singer, who revealed details of a difficult pregnancy and admitted she underwent fertility treatment after suffering a devastating and 'really tough' miscarriage. 










.

Mati Ditikam

Seorang pengawal keselamatan lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Rumah Pangsa Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata mangsa berusia 57 tahun itu ditemui terbaring di dalam bilik dengan kesan kelar di leher dan empat tikaman di badan, dada dan perut.

"Berdasarkan keadaan bilik yang berselerak, dipercayai berlaku pengelutan antara mangsa dengan lebih seorang suspek," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai bau busuk yang mencurigakan di rumah terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa dipercayai menyewa bersama empat lagi rakan yang bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.
Meor Hamdan berkata tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.









.

Musnah terbakar


Sebuah gudang memproses barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Farlim, Menglembu di sini musnah dalam kebakaran pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Wan Azmi Wan Ahmad berkata kejadian dilapor pada pukul 1.54 petang dan empat jenteradengan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Pasir Putih dihantar ke tempat kejadian.

Sehingga pukul 6 petang api belum dapat dipadam, katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini, Sabtu.
Beliau berkata angin kencang menyukarkan pihaknya untuk memadam kebakaran.
Gudang itu memproses barangan kitar semula membabitkan plastik dan getah.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!