Wednesday, December 7, 2011

Paedocypris ada di Malaysia


Spesies ikan paling kecil di dunia, 'Paedocypris' dari keluarga 'Cyprinidae' dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.
Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 2006.

"Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.
Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.
Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

"Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah negara," katanya.
Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.








.

HOTEL TANG DYNASTY, KOTA KINABALU


INI ADALAH BAHAGIAN 1 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU


Percutian yang lengkap adalah bila bercuti dengan budget yang berpatutan dan berbaloi..
Dah lama survey harga-harga hotel kat Kota Kinabalu ni. Hari tu dah buat status kat FB, tanya mana-mana link yang ada hotel murah.. eh hotel banyak bintang tapi murah.. hah baru betul penerangan tu..




Dan, menakjubkan, bila dapat tahu Hotel Tang Dynasty ini menepati citarasa. Harga RM100 keatas, bergantung pilihan katil yer. Dan yang paling best, untuk kakitangan kerajaan ada harga diskaun disitu. Semasa lulu menetap di hotel ini, ramai kakitangan kerajaan yang 'check in' dan check out' disini.. Tak kiralah dari Sabah ke, Sarawak, mahupun tanah semenanjung. Itu sudah membuktikan bahawa hotel ini memiliki keistimewaan yang tersendiri..




Masa nak check in (gambar lobi/kaunter takde), agak kecewa juga sebab pekerja kaunter tu agak kurang mesra. Tiada senyuman diberikan, dan kelihatan sibuk sangat. Bila bilik diberi (owh dah booking awal 2 minggu yer), pergi naik check, tapi bilik tu, lulu tak puas hati sebab aircond dia bising.. So, suggest tukar bilik lain. Org kaunter cakap suruh tunggu 2 jam lagi. Check in pukul 2, lulu sampai pukul 2, so kena tunggu pukul 4. alahai, kecewalah kan, siap minta diskaun sebab kelewatan tu.. tau lah hotel full masa tu. Dengar jer nak minta diskaun, ajaib, ada lak kan bilik kosong.. ekeke
















Dan lulu terkejut bila masuk bilik, adeh, besarnya bilik tu..Untuk yang family memang sesuai.. Dan kat bilik tu, ada tv, peti sejuk dan banyak lagi.. Dan tandas yang besar. sangat besar.. Tak sangka begitu berbaloi kan tinggal kat hotel ni.. ekeke.. Tak usah panjang lebar, jom tengok hotel ni sendiri..











Lulu ambik dengan breakfast sekali, dan makanannya boleh tahan.. sayang nak tinggal hotel ni..wuwu..
Hotel ni kira satu bangunan dengan pusat membeli belah Plaza Wawasan yer (betulkan lulu jika salah). senang jer kalau nak jalan, nak makan kepsi atau mcd.. semua ada kat situ.. Giant pun ada.. Dan buat pengetahuan semua, hotel ini terletak dipusat bandar yer..memang strategik. centre point? hotel promenede? pasar pilipin? semua area situ jer..

















Antara makanan yang dihidangkan (breakfast). Boleh tambah seberapa nak..ekeke




Dan pemandangan dari bilik lulu pun boleh tahan.. Kota kinabalu memang dah maju...wuwu.. disana sini ada pembangunan...















ok, ada banyak lagi cerita mengenai percutian lulu di kota kinabalu.. kita sambung lain kali yer...
Semoga menjadi panduan buat semua yang ingin bercuti di kota kinabalu.





P/S - Untuk lebih lanjut mengenai SABAH, boleh tengok kat SABAH TOURISM.













.

WORDLESS WEDNESDAY

Seorang ibu di China memiliki rambut yang lebih panjang dari tubuhnya



Dia mungkin membelanja banyak untuk syampu, tetapi ibu dari China ini berbangga kerana memiliki rambuat dengan sepanjang 8kaki. Ni Linmei di rumahnya di Taiyuan, di Provinsi Shanxi China, mengakui beliau tidak memotong rambut dalam 14 tahun.

Berusia 55 tahun, wanita ini akan duduk disofa sambil menyikat rambutnya yang panjang.
Tetapi untuk mengukur rambutnya, Ni Linmei terpaksa berdiri di atas kerusi agar rambutnya lurus mencapai lantai. Dan jika dia cari kerjaya baru dalam industri penjagaan rambut, pasti berjuta-juta wanita akan berminat untuk mengetahui rahsia beliau.
Atau dia boleh membuat kekayaan kecil dengan menjual rambutnya sebagai sambungan rambut.









.

Akhirnya rumah baru siap


Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!