Seramai 20 penumpang bas mengalami detik mencemaskan selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Tuaran Lama, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, bas mini itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Inanam dikatakan terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Salah seorang penumpang, Mohammad Irham, 42, berkata, kemalangan berlaku terlalu pantas dan menyebabkan semua penumpang panik.
"Semasa kejadian, saya menaiki bas dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Inanam tetapi tiba-tiba saya merasakan kenderaan itu terhuyung-hayang sebelum ia terbabas ke sebelah jalan.
"Keadaan waktu itu amat panik dan kelihatan semua penumpang bertindih-tindih. Apa yang lebih menakutkan adalah kami risau bas tersebut akan meletup," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu seorang saksi yang enggan dikenali berkata, bas berkenaan pada mulanya cuba memotong sebuah kenderaan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Sementara itu, Ketua Trafik Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, polis telah mengambil keterangan pemandu bas berkenaan.
"Kita masih menyiasat kes ini dan berdasarkan keterangan pemandu bas itu, dia mendakwa kenderaan tersebut mengalami masalah brek sebelum terbabas dan terbalik," katanya.
Tambahnya, hanya tiga penumpang mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.
.
1 Penyokong CHELSEA:
pemandu bas express ni memang agak kurang ajar sikit bila memndu.. tak sedaryang mereka bawa itu adalah penumpang...
dah la jalan2 d sabah ni bersimpang siur, nak juga potong memotong..
Post a Comment