Tuesday, January 3, 2012

Bersatu semula selepas 40 tahun


Ia kereta lama, kecil dan mempunyai kelengkapan asas saja. Tetapi itulah kereta pertama Jane Payn dan ia sentiasa berada dekat dengan hatinya. Kereta Austin model 1937 itu adalah hadiah hari lahir ke-19 daripada teman lelakinya dan dia banyak menghabiskan waktu dengan kereta itu.
Kemudian, bapanya memaksa dia menjualnya kerana ada rekahan pada blok enjin kenderaan itu.

Tetapi 40 tahun selepas itu, rakan lama itu bersatu semula apabila Jane menerima kereta tu sebagai hadiah hari jadi untuk kali kedua, kali ini daripada suaminya, Dick. Jane yang kini berusia 65 tahun, memandu kereta bernombor plat EGT 456 itu di jalan raya sekitar kediamannya di Somerset.

“Saya juga memandu sebuah Mercedes tetapi terus terang saya katakan, Austin ini lebih menyeronokkan saya,” kata ibu tiga anak itu yang juga Jaksa Kehakiman dan bekas guru bahasa Inggeris yang tinggal di sebuah kampung di Martock.
Kisah Jane dan kereta yang digelarnya Pooh, berdasarkan cerita Winnie-the-Pooh, bermula pada Ogos 1965.

“Ia adalah pemberian teman lelaki pertama saya, David Gaster yang membelikannya sebagai satu kejutan.

“Dia menolak kereta itu memasuki tempat letak kereta depan rumah saya dan mengikatkan reben merah padanya. “Apabila saya menyelak langsir kamar tidur saya, saya ternampak kereta itu. Bapa saya juga terkejut,” kata Jane.
Puluhan tahun selepas menjual kereta itu dengan harga RM250, Jane terlihat kereta itu ketika memandu di Sussex Barat.

Dia mengekori pemilik barunya hingga ke rumah dan menunjukkan namanya dalam geran kereta itu. Pemilik berkenaan kemudian bersetuju menjualnya kepada suami Jane dengan harga RM25,000.








.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on January 4, 2012 at 5:02 AM said...

kereta klasik ni.. tengok la tayar macam motor punya.. hee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!