Bayi kembar yang belum diberi nama itu dilahirkan kira-kira pukul 4.50 petang semalam melalui kaedah pembedahan tanpa sebarang komplikasi.
Menurut Camelia Ramli, 30, dan suaminya, Zulkifli Ahmad, 35, sebelum ini mereka telah berusaha dengan pelbagai cara termasuklah tradisonal namun, semuanya tidak berhasil.
Namun, kata Camelia, selepas menggunakan kaedah persenyawaan luar rahim melalui program kesuburan anjuran TAFF, akhirnya dia disahkan hamil pada Mei tahun lalu.
“Saya membuat permohonan untuk menjalani program ini sejak empat tahun lalu lagi tetapi tahun lepas, TAFF memberitahu saya berjaya untuk jalani proses ini.
“Memanglah gembira terutamanya selepas menunggu begitu lama untuk mendapat cahaya mata. Tetapi yang lebih menggembirakan apabila mendapat anak kembar,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya itu tidak mengalami sebarang komplikasi selepas dilahirkan melalui kaedah pembedahan semalam.
“Saya berterima kasih kepada Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudi memilih kami untuk menyertai program ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat TAFF, Datuk Hamimah Abd. Karim berkata, bayi kembar itu merupakan bayi ke-66 dan 67 di bawah program tersebut.
“Tahun ini kami menyasarkan lebih 100 pasangan akan berjaya mendapatkan zuriat mereka,” katanya.
Katanya, antara syarat utama pasangan yang ingin mengikuti program ini adalah berkahwin lebih tiga tahun, gaji tidak melebihi RM4,500 serta umur isteri tidak lebih 45 tahun.
“Mereka yang berminat boleh menghubungi TAFF di talian 09-5733241,” katanya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
alhamdulillah syukur... dapat anak kembar plak tu...
Post a Comment