Monday, January 30, 2012

Dia sempurna di mata suami


Saya memang tidak boleh menahan mulut orang untuk bercakap. Saya pun tidak tahu macam mana cerita itu boleh timbul."

Demikian kata pelakon Rebecca Nur Islam Ahmad, 26, mengenai cerita kononnya dia mendera anak tirinya.

Biarpun mengakui hatinya terguris dengan tuduhan tidak berasas itu namun kata Rebecce, dia tidak mampu menutup mulut orang.
Menurut Rebecca, dia hanya ketawa apabila mendengar gosip tersebut kerana ia bukan sahaja tidak benar.
Lebih-lebih lagi, kata pelakon itu, lemparan gosip oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu juga di luar kawalannya.

Bagaimanapun dia tetap berharap agar mereka yang suka menabur fitnah terhadap dirinya itu segera insaf.

"Cukup-cukuplah buat cerita tidak benar itu. Saya ini kalau nak marah sekejap
sahaja, lepas itu okay. Bukan apa, tak elok simpan lama-lama nanti cepat tua," katanya tersenyum.

Pandangan pemegang watak Syazura dalam filem Keramat itu turut mendapat sokongan daripada suami tercinta, Nor Azam Sulaiman, 44.
Kata Nor Azam, sejak mendirikan rumah tangga Januari tahun lalu, dia jarang melihat isterinya merajuk lama.
Malah tegasnya, hubungan Rebecca dan kedua-dua orang anaknya tidak bermasalah kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.

"Mula-mula dengar cerita mengarut itu, saya terkejut tapi bila memikirkan itu (gosip) dunia dia, jadi saya pun buat tidak kisah. Saya dan anak-anak lebih tahu dia macam mana berbanding orang luar.

"Pada saya dia adalah seorang wanita dan isteri yang sempurna untuk saya dan anak-anak. Kalau saya beritahu yang isteri saya ini pandai memasak, mesti orang tidak percaya.

"Dulu saya pun tidak yakin tapi bila lihat dengan mata sendiri, rasa beruntung kerana memiliki isteri yang pandai di dapur," cerita Nur Azam panjang lebar.

Sementara itu Rebecca yang mendengar puji-pujian suaminya itu berkata, dia memang suka memasak dan sering membantu ibunya di dapur.
Katanya, setiap hari jika tidak sibuk di lokasi, dia akan pastikan menyediakan beberapa jenis hidangan untuk suami kerana Azam lebih selesa makan di rumah.

"Alhamdulillah, saya ini jenis boleh ke dapur. Kalau tak kasihan pada suami yang memang suka makan di rumah itu," katanya tersenyum.

Rebecca yang sudah dua kali mengalami keguguran berkata, dia dan suami walaupun sudah mempunyai anak namun mereka tetap menunggu masa untuk memiliki zuriat bersama.
Kata Rebecca yang mempunyai seorang anak angkat, dia tidak pernah serik untuk hamil lagi dan berharap Allah akan memakbul impiannya untuk memiliki cahaya mata.






One of the Malaysian’s favourite




.

3 Penyokong CHELSEA:

Adzrien Shoppe on January 30, 2012 at 8:50 PM said...

mereka lebih mengetahui... moga bahagia & dimakbulkan doa mereka utk dpt zuriat. harap kisah dera tu tak benarkan.

Nora Shahaira on January 31, 2012 at 3:23 AM said...

Allah saja yang tahu...apapun memg nampak keibuan nya...

Unknown on January 31, 2012 at 1:22 PM said...

kenapa la nak buat cerita buruk2 pasal orang...kesian dia..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!