Monday, January 23, 2012

Hati belum terbuka

Selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hanya fokus kepada kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Bukan tidak pernah didatangi tawaran lumayan yang mahukan dirinya beraksi di layar perak tetapi Siti Nurhaliza tetap dengan pendirian.

Bagi penyanyi yang mesra disapa Siti itu, dia mengakui bidang lakonan bukanlah kekuatannya. Malah, Siti cukup sedar untuk menjadi pelakon yang baik memerlukan disiplin dan komitmen yang sangat tinggi.

Justeru, apabila namanya disebut bakal membintangi sebuah filem Indonesia berjudul Kekuatan Cinta, ramai yang mahu menyambut berita itu dengan senang sekali.

Apatah lagi, ia bakal menampilkan beberapa pelakon Indonesia dan Malaysia antaranya Nicholas Saputra, Christine Hakim, Dian Sastrowardoyo, Melissa Saila, Fasha Sandha dan Raja Ema, pastinya ia bakal menjadi sebuah filem hebat.

“Jujurnya, saya hanya mengetahui perihal itu apabila membacanya menerusi talian. Jika dilihat kepada senarai pelakonnya, memang cukup menarik dan bukan calang-calang.

“Tetapi, di pihak saya, kami belum menerima sebarang tawaran apatah lagi perbincangan dengan pihak terbabit berhubung filem ini.

“Barangkali, ia hanyalah niat dan impian pengarah serta penerbit filem itu yang mahukan saya muncul dalam filem mereka,” jelas Siti penuh diplomasi ketika ditemui usai majlis sidang akhbar Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen di Cyberjaya, Khamis lalu.

Menyambung bicara, juara Bintang HMI 1995 itu memberitahu, sebelum dia membuat keputusan untuk membintangi mana-mana filem sekali pun, perkara pokok yang harus diutamakan adalah jalan cerita dan skripnya.

Selain itu juga, kata Siti, dia juga perlu memikirkan tentang masa memandangkan jadual seninya yang sentiasa padat selain daripada komitmen terhadap keluarga.

“Kalau ditanya kepada saya, sebenar-benarnya saya memang belum bersedia dan terbuka hati untuk berlakon filem atas faktor yang telah saya sebutkan tadi.

“Bukan apa. Bimbang kalau tidak memberikan hasil yang memuaskan. Kesannya akan terpalit kepada kita juga. Malah, penerbit dan pengarah juga pasti akan terkena tempiasnya.

“Untuk itu, biarlah masa yang akan menentukan bilakah masanya untuk saya berlakon filem,” kata penyanyi berusia 33 tahun ini sambil mengukir senyuman.

Kembali sebagai Azizah?

Dalam pertemuan itu, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu juga ditanya tentang kemungkinan untuknya kembali ke pentas teater memandangkan P. Ramlee the Musical bakal dipentaskan sekali lagi tahun ini.

Mungkin ada yang terlupa, Siti pernah membintangi teater muzikal mega itu pada tahun 2007 dengan membawakan watak kekasih pertama seniman agung itu bernama Azizah.

Biarpun kemunculannya hanya seketika, namun impak Siti menerusi teater itu bukan kecil-kecil anak sehingga mencatatkan rekod luar biasa apabila tiket dijual sebelum pementasan bermula.

“Saya harus akui membintangi teater muzikal itu telah memberi satu pengalaman baru. Ditambah pula dengan mendapat tunjuk ajar mereka yang berpengalaman dalam dunia teater telah memberi perspektif baru dalam kerjaya saya.

“Selama sebulan, hidup saya semuanya adalah untuk P. Ramlee the Musical. Saya juga perlu menolak banyak tawaran kerana komitmen saya dalam teater itu.

“Seandainya tawaran diberikan kepada saya sekali lagi untuk membintangi teater itu, saya harus fikir semasak-masaknya. Sepanjang tahun ini, saya memang sibuk dengan pelbagai agenda yang sudah diaturkan.

“Kalau perbincangan itu dapat membuka hati saya, siapa tahu, mungkin saya akan kembali sebagai Azizah,” ujar Siti yang baru sahaja pulang dari Maghribi dan Dubai bagi menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 bersama suami tercinta.

Sementara itu, Siti juga tidak menafikan bahawa dia kini dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert seandainya mendapat penajaan bagi merealisasikan impian itu.

Selain itu juga, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Seindah Biasa dan Ya Maulai ini juga melahirkan keinginannya untuk terus merakamkan lagu-lagu tradisional dan kerohanian.










.

5 Penyokong CHELSEA:

Sheila Adziz on January 23, 2012 at 2:36 PM said...

em... btuah cik siti nie...:-)

Fur Bites Pet Shop on January 23, 2012 at 2:44 PM said...

apa-apa pun kita doakan yg terbaik buat siti...


CERITA KEDAI KOPI aka JOMKONGSISTORY

anis aniesa on January 23, 2012 at 7:49 PM said...

dia cantik dan sentiasa bertuah :)

jom join GA ANIS ! :)

http://anisaniesa.blogspot.com/2012/01/give-away-anis-aniesa.html

hana on January 23, 2012 at 10:55 PM said...

erm...
semoga die terus berjaya..
=D

Ce'gu JAERA on January 24, 2012 at 7:45 AM said...

siti kalau belakon mmg tak berkesan la.. ehehe.. pa pun semoga yang terbaik utk beliau

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!