Sememangnya kemenangan anak kelahiran Kajang, Selangor itu dijangka dari awal berikutan prestasi konsisten dan teknik masakannya yang mengkagumkan.
Dengan kemenangan itu, Ezani Farhana berjaya memenangi wang tunai RM100,000, trofi dan kontrak menerbitkan serta mengedarkan buku masakannya sendiri.
Dalam pertandingan akhir yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria itu, Ezani Farhana telah menewaskan Wahidan Abang Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah.
Ketika ditemui selepas majlis penayangan episod Santapan Penamat di sini malam ini, ternyata Ezani Farhana tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.
"Pengalaman menyertai MasterChef Malaysia juga menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam bidang kulinari," jelasnya dalam nada bersungguh-sungguh.
Untuk episod kemuncak itu, Ezani Farhana telah menyediakan tiga juadah iaitu Salad Nusantara Kekapis sebagai hidangan pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (pemanis mulut).
Seramai 40 orang tetamu termasuk chef profesional yang pernah muncul dalam MasterChef Malaysia menjadi juri pada pertandingan akhir itu yang mewakili 40 peratus markah.
Sementara markah selebihnya adalah daripada tiga juri tetap iaitu Chef Zubir, Chef Joe dan Chef Riz.
Episod Santapan Penamat itu turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan saluran MasterChef Malaysia HD.
.
4 Penyokong CHELSEA:
She deserves it..
Memang minat dier ni dr awal..
She's really talented.. :)
bagi saya kerjaya doktor lagi best.. apa pun all the best for her... Love u ezani (",)
fam dy msti bangga kn dpt anak cm dy..memang bjaya lam hdp..dia lah doktor dialah chef..:)
Post a Comment