Tuesday, January 17, 2012

Kerana tikus, pulau akan di bom


Pulau Motecristo di Itali terkenal namanya ke seluruh dunia kerana novel Alexandre Dumas yang terkenal, 'The Count of Montecristo.' Tapi siapa sangka, pulau tersebut kini rosak oleh serbuan jutaan tikus.

Dipetik dari Telegraph, isnin, para ahli biologi yakin terdapat satu tikus di setiap meternya dari pulau seluas 6.4 km persegi tersebut. Tikus-tikus ini dianggap berasal dari sebuah kapal yang singgah di pulau itu beberapa tahun lalu.

Seiring berjalannya waktu, tikus-tikus itu juga berlipat ganda jumlahnya. Semakin banyaknya tikus juga antara lain disebabkan tidak adanya pemangsa mereka di alam liar Montecristo. Jika dibiarkan terus berkembang biak, tikus-tikus ini mengancam kehidupan haiwan asli pulau, seperti burung Kiwi dan puluhan ribu burung laut.

Pemerintah Itali telah menyiapkan cara untuk memusnahkan binatang ini hingga ke akarnya. Mereka akan menjatuhkan bom beracun dari udara ke seluruh pulau, berharap dapat dimakan dan mematikan seluruh tikus.

Bom yang akan dijatuhkan seberat 26 ton. Namun dibimbangi bom beracun akan juga meracuni lingkungan sekitar Montecristo. Namun, pemerintah Itali mengatakan bahawa hal itu tidak akan terjadi.

"Projek ini akan diawasi oleh pakar. Bom beracun sama seperti yang digunakan untuk membasmi tikus di pulau Giannutri dan Sardinia," kata Franca Zanichelli, direktor taman nasional Itali.

Setiap tahun, seramai 1000 pelancong mengunjungi pulau ini. Kebanyakan mereka ingin tahu kewujudan pulau yang terdapat dalam novel Dumas. Dalam novel abad ke 18 tersebut, tokoh utama dalam novel, Edmond Dantes, dikatakan difitnah dan dipenjara.

Di dalam penjara, Dantes mendapatkan informasi bahawa terdapat harta karun di pulau Montecristo. Apabila dia keluar dari penjara, dia mengambil harta karun tersebut dan membeli gelaran bangsawan serta harta, untuk membalas dendam kepada mereka yang membuatkan dia dipenjara.







.

4 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

kat Malaysia pun boleh tak buat macam tu. nak hapuskan tikus jugak. banyak kot. seram je... T_____T

Unknown on January 17, 2012 at 4:41 PM said...

@Penjual Reflesia™

kat malaysia ni tak ada la tahap mcm tu bnyknye... masih boleh di kawal...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/fahamilah-dia.html

Ce'gu JAERA on January 17, 2012 at 6:44 PM said...

waahh, bahaya jugak eh.. Tikus plak bermaharajalela di pulau ni...mmg patut lah kena racun agar pulau khazanah ini terpelihara

DZ LADYZ WARDROBE on February 28, 2013 at 7:03 AM said...

Hantar la pasukan serang hendap meoow byk2..suh peehambat tikus tu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!