Di usianya yang baru setahun, Tyler Sercombe, mungkin adalah salah seorang bayi paling bertuah. Apabila bertemu dengan artis pujaan adalah pengalaman jarang bagi sebahagian besar orang, maka lain halnya dengan Tyler.
Tidak hanya bertemu, Tyler pernah bergambar dengan beberapa pelakon dan selebriti Hollywood ternama dunia, seperti Johnny Depp, George Clooney, Anne Hathaway, Reese Witherspoon, Tom Cruise, Tom Hanks, Meryl Streep, Elijah Wood, Robert Downey Jr., hinggalah pemain bola John Terry.
Dipetik dari laman The Sun, bayi perempuan ini telah bertemu dengan 130 selebriti ternama. Mulanya ibunya, Donna, mulai membawa Tyler yang masih berusia satu bulan ke acara tayangan perdana sebuah filem. Setelah itu, Donna rajin membawa si kecil ke acara-acara serupa.
“Tyler senang bertemu dengan seluruh orang yang saya suka karena dia memberikan mereka senyuman istimewa, khususnya jika mereka memberikannya (Tyler) ciuman,” kata Donna.
Artis pertama yang pertama kali mendukung dan bergambar bersama Tyler adalah Liz Hurley. Tyler bergambar bersama Hurley ketika tayangan perdana ‘Gnomeo & Juliet’. Diwaktu yang sama, Tyler juga bertemu dengan penyanyi kesayangan Donna, iaitu Elton John.
“Liz sangat baik, saya bertanya apakah boleh jika dia memberikan Tyler pelukan. Elton memberikannya (Tyler) sebuah ciuman,” ujar Donna.
Donna menderita pain syndrome, yang membuatkannya harus menggunakan kerusi roda. Oleh sebab itu, dia kerap mendapatkan tempat strategik yang berdekatan dengan selebriti ketika menghadiri acara tayangan filem.
Meskipun sudah bergambar dengan lebih dari seratus selebriti, rupanya masih ada satu aktor yang belum pernah bergambar dengan Tyler, iaitu Brad Pitt. Sedangkan nama Tyler diinspirasi dari karakter Brad Pitt di filem ‘Fight Club’, iaitu Tyler Durden.
.
3 Penyokong CHELSEA:
wah glamer la baby ni. lepas ni ada harapan jadi artis jugak. hehe..
comelnya baby tu.. macam anak patung..
paling best bila dapat bergambar dengan artis wanita yang seksa... ekekeke... bertuah bayi comel ni...
Post a Comment