Kejadian yang menimpa Mashitah Mohd. Yusof, 34, itu berlaku selepas dia disyaki mengalami implikasi serangan kuman pada otak setelah tiga hari melahirkan anaknya dan terpaksa mendapatkan rawatan lebih sebulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Kakaknya, Rohani, 42, yang kini menjaga Mashitah berkata, segala urusan menjaga adiknya diuruskan oleh ahli keluarga termasuk suami Mashitah, Mohd. Amri Mohd. Yusof, 35, yang juga seorang guru.
"Mashitah kini tidak lagi mampu bergerak, hanya terlantar di atas katil dan segala urusan diuruskan oleh ahli keluarga termasuk suaminya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Katanya, adiknya itu juga terpaksa disediakan susu melalui tiub dan terpaksa menukar lampin pakai buang setiap hari.
Bagaimanapun kata Rohani, keadaannya tidak berubah sehinggalah dia dibenarkan pulang ke rumah untuk dijaga oleh ahli keluarga.
"Kami sekeluarga juga berusaha secara perubatan tradisional tetapi keadaannya tidak berubah dan amat berharap ada pakar yang dapat membantu merawat memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil," katanya.
Menurutnya, akibat jangkitan kuman itu adiknya juga lumpuh seluruh badan sebelah kiri.
Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Alwalin, 7, Nor Azmina, 4, dan Mohd. Akil Zikri, 5 bulan.
Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika melawat wanita itu berkata, beliau mahu mendapatkan rekod perubatan Mashitah daripada pihak hospital bagi membantunya sebelum merujuk kepada doktor pakar di Kuala lumpur.
Beliau berkata, ibu muda itu perlu mendapat rawatan segera memandangkan dia masih mempunyai anak kecil dan terlantar sepanjang waktu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian nyer ibu niey..
Post a Comment