Thursday, January 5, 2012

Lelaki Tidak Lagi Dibenarkan Jual Pakaian Dalam Wanita


Bermula Khamis, hanya kakitangan wanita sahaja dibenarkan untuk menjual pakaian dalam wanita di Arab Saudi.

Ia dilihat sebagai satu langkah positif untuk menamatkan rasa janggal di kalangan wanita negara tersebut yang terpaksa memilih pakaian dalam mereka dengan dibantu pekerja lelaki sebelum ini.

"Saya dan beberapa wanita lain berasa kekok untuk melangkah masuk ke kedai pakaian dalam sebelum ini kerana kakitangan lelaki bekerja di dalam kedai terbabit," kata Samar Mohammed.

Satu perintah dikeluarkan oleh Raja Abdullah pada Jun tahun lalu ekoran bantahan beberapa tokoh ulama yang memberi tempoh enam bulan kepada pemilik kedai tersebut untuk membenarkan hanya jurujual wanita bekerja di premis berkenaan.

Pengharaman kakitangan lelaki bekerja di kedai alat kosmetik turut akan berkuat kuasa bermula Julai ini.

"Ini adalah perintah Raja. Semua persiapan sedang dilakukan untuk melaksanakan perintah ini," kata Menteri Sumber Manusia, Adel Faqih.

Pengumuman itu turut memberi peluang pekerjaan kepada lebih 40,000 wanita di Arab Saudi.









.

3 Penyokong CHELSEA:

pinky_liscious on January 5, 2012 at 1:47 PM said...

bru la x segan silu nk memilih kn..heeee

Hanis Azla on January 5, 2012 at 2:25 PM said...

mmg segan sikit klu nak memilih pakaian dalam bila penjaganya lelaki.. even nak bayar kat kaunter pun segan bila cashiernya lelaki..

Ce'gu JAERA on January 5, 2012 at 9:15 PM said...

ahahahaha.. kelakar plak... saya pun segan nak pilih2 pakaian dalam jika pekerja dan cashienya seorang perempuan.. lebih2 lagi kalau dorg tersenyum dengan saiz yang saya pilih... ekekekekekeke (",)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!