Thursday, January 5, 2012

Daging Kucing Beracun?


Kematian mengejut seorang jutawan China menyebabkan polis tertanya-tanya sekiranya ia disebabkan oleh daging kucing beracun.

Long Liyuan, 49, maut pada 23 Disember lalu di Wilayah Guandong selepas menikmati stew daging kucing, sejenis sajian dari selatan negara itu yang dihidangkan semasa beliau dan dua rakan perniagaannya bertemu untuk makan tengah hari.

Seorang daripada rakan Long, Huang Guang yang merupakan seorang pegawai kerajaan telah ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki meracuni hidangan tersebut.

Polis berkata, Long dan Huang mempunyai perbalahan dalam bidang perniagaan.

Berdasarkan maklumat daripada blog siasatan polis, Huang yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian di Guandong Bajja disyaki melakukan perbuatan itu dengan menggunakan herba beracun, Gelsemium.

Herba beracun tersebut boleh didapati di dalam hutan di beberapa bahagian di China.

Ketiga-tiga mereka menunjukkan simptom termakan herba beracun itu, tetapi Long maut kerana beliau dipercayai paling banyak makan herba tersebut.

Long dan Huang dikatakan bertemu untuk berbincang mengenai kontrak perniagaan dan Long yang mengusahakan perniagaan berasaskan hasil hutan dipercayai berhasrat diberikan sebidang tanah untuk diusahakan, lapor sebuah akhbar tempatan.

Mereka dikatakan pernah menikmati hidangan yang sama sebelum ini, namun sajian daging kucing itu dikatakan agak berbeza.

Rakan kepada Long, Huang Wen berkata beliau hanya makan sedikit hidangan itu kerana merasakan daging kucing tersebut ‘lebih pahit’.

Long yang makan kebanyakkan hidangan itu didakwa mula berasa pening kepala dan tidak sihat menyebabkan beliau dikejarkan ke hospital, lapor media tempatan Nanfang Daily.

Polis pada awalnya menahan pemilik restoran terbabit atas dakawaan menghidangkan makanan yang tidak bersih.

Bagaimanapun, keluarga Long enggan menerima alasan keracunan makanan dan mendesak pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci, selain menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kematian tersebut.






.

2 Penyokong CHELSEA:

Nurul Dyanna on January 5, 2012 at 11:49 AM said...

PADAN MUKA KAU...SAPE SURUH KEJAM SANGAT..MEMANG PUAS HATI GILER..#geram

Ce'gu JAERA on January 5, 2012 at 9:11 PM said...

hehehehe... ada makanan lain yang sedap2, kucing yang comel juga nak d bantainya... ekeke

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!