Saturday, January 21, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mengesahkan berita sedih ini.

Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.



P/S - Al-fatihah..










.

3 Penyokong CHELSEA:

nurdani on January 21, 2012 at 9:27 AM said...

al fatihah.semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.

Ce'gu JAERA on January 22, 2012 at 8:31 AM said...

Ajal itu tidak mengenal usia... Al-Fatihah untuk arwah...

Cik Puan Diksu on January 26, 2012 at 2:27 PM said...

Innalillah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!