Friday, January 6, 2012

Remaja curi selipar


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didapati bersalah mencuri sepasang selipar seorang anggota polis, dalam satu kes yang mendapat bantahan ramai sehingga menyaksikan lebih 1,200 selipar diletakkan di balai-balai polis dan pejabat pendakwa raya.

Mahkamah Daerah Palu di Sulawesi tengah malam tadi dalam keputusannya bagaimanapun memutuskan, remaja itu yang berdepan hukuman penjara lima tahun dibenarkan pulang bersama ibu bapanya bagi tujuan menghadiri kaunseling.

"Berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kami mendapati tertuduh bersalah kerana mencuri.

"Namun, mengambil kira umurnya, kami membenarkan dia pulang," kata Hakim Rommel Tampubolon.

Penduduk Indonesia bertindak meletakkan sejumlah selipar di balai polis dan pejabat pendakwa raya bagi melahirkan kekecewaan mereka berhubung cara pihak berkuasa menangkap dan mengendalikan proses perbicaraan membabitkan remaja itu.








.

4 Penyokong CHELSEA:

CINTA UNTUK KITA on January 6, 2012 at 4:10 PM said...

macam2kan.. ;p

Hanis Azla on January 6, 2012 at 4:34 PM said...

harap2 budak tu serik nak mencuri lagi..

Nadia on January 6, 2012 at 5:16 PM said...

selipar pon dorang amik??

adeh..

Ce'gu JAERA on January 7, 2012 at 12:40 AM said...

wahhh, menarik plak kisah ni... orang ramai sanggup buat demonstrasi dengan meletakkan sejumlah selipar d depan balai polis gara2 protes dan bantahan terhadap budak 15 tahun yang hanya mencuri selipar yang d kenakan penjara 5 tahun..

semoga budak tu akan insaf... kat tenpat kita kejadian mencuri selipar menjadi2 terutama selepas solat jumaat.. huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!