Thursday, January 26, 2012

"Seruan azan itu indah " : Bintang Hollywood


Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
Laporan media menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.
Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya.







.

8 Penyokong CHELSEA:

Hudalatip on January 26, 2012 at 4:14 PM said...

betul ke dia nak peluk islam?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on January 26, 2012 at 4:18 PM said...

bagusnya.. =)

ftdanisha on January 26, 2012 at 4:22 PM said...

alhamdulillah..btambha lg umat

Farah Alyaa on January 26, 2012 at 4:35 PM said...

Alhamdulillah....

wahida on January 26, 2012 at 5:19 PM said...

Alhamdulillah...semoga kekal imannya...

Unknown on January 26, 2012 at 5:44 PM said...

sila masuk islam..sila2

KORANG PERNAH KENA TIPU TAK DENGAN KAWAN?
TAK PAYAHLA KAWAN DENGAN ORANG MACAM NI
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/tak-payah-nak-tipu-pasal-life-sendiri.html

monalea on January 26, 2012 at 7:19 PM said...

alhamdulillah

ewanthology on January 26, 2012 at 7:20 PM said...

benda yg elok jgn ditangguh..harap2 dia dipercepatkan hidayah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!