Saturday, January 21, 2012

Surat dan Lukisan Bernilai $92,000


Surat dari Alexander Graham Bell kepada kedua ibu bapanya termasuk lukisan gambar telefon yang dibuat dengan teliti yang pernah dihasilkannya pada tahun 1878 telah dijual dengan harga melebihi $92,000, kata seorang pelelong, Khamis.

Surat tersebut memberikan arahan kepada ibu bapa Bell yag dilahirkan di Scotland bagaimana untuk memastikan telefon tidak rosak apabila berlakunya petir.

Dia juga mengarahkan mereka untuk menggunakan satu wayar tembaga yang kukuh dari rumah mereka ke kolam itik dan menanamnya di sana.


"Jika anda mempunyai sambungan yang baik dengan lapisan kelembapan bumi yang dapat dikekalkan, anda tidak perlu takut kepada kilat dan semua percakapan akan selamat," Bell menulis.

Surat tersebut telah ditulis dua tahun selepas Bell mendapatkan paten telefon dan membuat panggilan pertama dengan pembantunya, Thomas Watson.

Surat tawaran bidaan yang dilakukan oleh RRAuction bermula pada bulan Disember dan berakhir Rabu lalu, dengan tawaran harga paling tinggi sebanyak $92,856.

Naib Presiden RRAuction Bobby Livingston tidak akan menamakan pembida teratas, tetapi beliau yang menyifatkan pembida tersebut sebagai "pemungut dokumen yang terkemuka di Texas yang sering mencari-cari koleksi barangan terbaik."

Livingston berkata surat itu datang dari arkib yang disimpan oleh sebuah syarikat bersekutu Bell.


Beliau berkata surat itu adalah sangat berharga kerana mempunyai perbincangan terperinci dan lukisan Bell.

"Anda tidak akan dapat melihat Alexander Graham Bell yang lebih baik di pasaran," kata Livingston.

Bell dan keluarganya berpindah ke Amerika Utara pada tahun 1870 dan menetap di Kanada.

Bell berpindah ke Boston pada tahun berikutnya, di mana beliau telah mengajar orang yang pekak sehingga menjadi seorang profesor di Boston University.











.

5 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on January 21, 2012 at 1:47 PM said...

mungkin blog kita nie pun bernilai kan

Ibu Aqmar on January 21, 2012 at 1:55 PM said...

mula2 nak bagi tau..saye bukan penyokong chelsea..akekeke...

Graham Bell merupakan penyumbang yang sgt besar dalam dunia telekomunikasi..klau tidak, takdolah org kenal telefon kan..kan..

Cik tikah on January 21, 2012 at 2:04 PM said...

patutlah mahal. memang patut mahal :D

xDer on January 21, 2012 at 2:26 PM said...

woah! boleh beli rumah sejibik tu..

Ce'gu JAERA on January 22, 2012 at 8:35 AM said...

bila kita jadi terkenal hari ini, kesemua koleksi barangan kenangan kita akan jadi barang lelong yang paling berharga nilainya pada tatapan generasi akan datang..
Semoga kita akan berjaya dalam hidup

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!