Sunday, January 15, 2012

Tahniah Datuk!!


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Perseorangan nombor satu dunia itu menundukkan pemain nombor tiga dunia, Chen Long dari China 21-18, 17-21, 21-13 dalam masa 1 jam 15 minit.

Chong Wei bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Chen Long tampil lebih agresif pada kedua sehingga memaksa permainan diheret ke set penentuan.

Pada set ketiga, meskipun ketinggalan 4-8 pada awal permainan, Chong Wei tidak putus asa dan terus menyerang sehingga berjaya mematikan langkah pemain China itu.

Beliau yang kini dalam misi merangkul kejuaraan kali kelapan, akan berentap dengan Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan akhir esok.

Terdahulu, Tago mara ke pusingan akhir apabila lawannya Chen Jin dari China menarik diri akibat kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanan selepas melakukan ”jumping smash” pada awal permainan.




P/S - Tahniah Datuk..





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 15, 2012 at 9:17 AM said...

tahniah2 chong wei...

Ce'gu JAERA on January 16, 2012 at 3:26 PM said...

perlawanan yang sgt menarik... hambek mu Chen Long... rasakan penangan DLCW

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!