Friday, January 20, 2012

Wanita terkaya dihukum mati


Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).

Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.

"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.

Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.

Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.

Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.

Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on January 21, 2012 at 6:55 AM said...

pelik betul undang2 negara China ni... hanya kerana melakukan penyelewengan pun dah boleh disabit hukuman mati.. kalau kat Malaysia ni pasti banyak CEO2 yang kena

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!