Friday, February 24, 2012

Artis terima pengiktirafan

Pelakon, Jennifer Aniston menerima pengiktirafan Walk of Fame semalam, menjadikannya barisan pelakon pertama dalam siri drama televisyen Friends meraih anugerah tersebut.

"Saya berasal dari Sherman Oaks, California dan tidak pernah menyangka akan menerima pengiktirafan Walk of Fame.

"Saya berasa syukur dan ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya," kata Aniston kepada peminat dan rakan-rakannya di majlis itu.

Aniston hadir di majlis itu bersama ayahnya, John Aniston dan teman lelakinya, Justin Theroux yang juga merupakan pelakon gandingan dalam filem Wanderlust.
Aniston menjadi terkenal ketika berlakon sebagai Rachel Green dalam siri komedi hit 1990an, Friends.

Dia turut memenangi anugerah Emmy dan Golden Globe bagi lakonannya dalam drama Friends.
Dalam pada itu, pelakon lain Friends iaitu Courteney Cox, Matthew Perry, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer tidak hadir pada majlis tersebut.

Kehidupan peribadi aktres itu menjadi tumpuan ramai sehingga melibatkan pelbagai selebriti berprofil tinggi sejak dua dekad lalu termasuk perkahwinannya selama lima tahun bersama pelakon Brad Pitt yang menjadikan mereka pasangan popular di Hollywood.

Selepas Friends berakhir pada 2004, Aniston berlakon filem The Good Girl, Derailed serta filem-filem komedi seperti The Break-Up, The Switch dan Horrible Bosses.
Aniston bakal muncul dalam filem terbaru, Wanderlust berganding dengan Paul Rudd, Malin Akerman dan Theroux yang akan ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat pada Jumaat ini.













.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!