Monday, February 20, 2012

Berita gembira SBPA rabu ini?


Keputusan sama ada tuntutan penambahbaikan sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi khabar gembira kepada seluruh penjawat awam atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pada hari tersebut, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan.

"Kelmarin dan semalam kita ada bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS di Kuala Lumpur di mana kita masih lagi mengekalkan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama CUEPACS di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Azih berkata, pihaknya juga menjangkakan isu tuntutan CUEPACS mengenai SBPA dapat diselesaikan sepenuhnya pertengahan April ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, CUEPACS amat menghargai kesediaan dan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan isu itu demi kepentingan penjawat awam khususnya peringkat bawahan.

"Kita sangat hargai komitmen Perdana Menteri untuk dengar pandangan CUEPACS dan kesungguhan beliau untuk membantu menyelesaikan perkara yang dibangkitkan CUEPACS ini," katanya.

"Ini satu penghargaan tinggi daripada kerajaan kepada CUEPACS," katanya.





.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on February 20, 2012 at 9:39 AM said...

senyum lebar...harap ada perubahan

Unknown on February 20, 2012 at 10:12 AM said...

"Give and take" ianya adalah perkara biasa dalam dunia politik... Tetapi pada kali ini biarkan pengundi terima dahulu apa yang diiginkan bukan hanya janji-janji...
Biasanya janji-2 akan tinggal janji sekiranya kita berikan apa yang diperlukan/ mahukan
So untuk selamat.. "take and give"
Pepatah lama tue dah tak releven dengan dunia semasa kerana janji tinggal janji...
setelah dapat apa yang diperlukan...
Sebagai pengundi kenalah bijak dalam berpolitik... dan memahami apa itu politik...
Politik bukan hanya untuk memberikan mandat kepada pihak, individu atau kumpulan kuasa dan kepercayaan ianya adalah berkaitan dengan keseimbangan... kebelakangan ini kita sedar politik di Malaysia semakin sedar akan hakikat berpolitik bukannya seperti tahun-tahun terdahulu hanya mengikut apa yang dikata, mengikut perjuangan individu yang berkepentingan...
Hakikatnya pemerintahan BN di empat negeri telah berjaya diambil alih oleh pembangkang... dan semestinya pembangkang adalah ibarat pengimbang kepada kuasa pemenrintah yang diberikan kuasa oleh kita..

Mrs Velentine on February 20, 2012 at 12:53 PM said...

berharap sinar gembira lah

LAici KAng Ais on February 20, 2012 at 5:14 PM said...

cptnye lusa.ku pikirkan 3bln.hee
mood:happy

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!