Thursday, February 16, 2012

The Cranberries akan ke Malaysia


MASIHKAH ingat lagi lagu nyanyian kumpulan The Cranberries seperti Zombie, Dreams, Ode To My Family, Salvation, Linger dan Animal Instinct?

Mereka pernah mencetuskan fenomena pada era penghujung 1990-an dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia dan menduduki carta Top 20 Billboard.

Kini selepas sekian lama kita dihiburkan dengan lantunan vokal unik penyanyi utamanya, Dolores O'Riordan, kumpulan dari Ireland itu bakal mengadakan persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Negara, pukul 8.30 malam.

Kehadiran The Cranberries sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru berjudul Roses.

Fasa baru karier The Cranberries kembali memuncak selepas melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Bagi siri jelajah dunianya, The Cranberries akan menjelajah Australia terlebih dulu sebelum mengunjungi Asia Tenggara bermula di Singapura pada 2 April diikuti Kuala Lumpur sebelum ke Taipei pada 6 April dan Hong Kong (8 April).

Diuruskan bersama oleh The WonderLand dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada kumpulan terbesar dunia yang tidak harus dilepaskan peminat.

Menurut wakil penganjur dan promosi konsert itu, Goh Yoke Leng, untuk para peminat setia kumpulan yang dianggotai empat ahli ini, tiket untuk menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut beberapa kategori.

"Antaranya RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP), manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

"Sempena dengan kehadiran hari memperingati kekasih pada 14 Februari lalu, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari ini.

"Potongan sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.my dan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03-92228811," katanya.










.

2 Penyokong CHELSEA:

Hudalatip on February 16, 2012 at 4:26 PM said...

minat sangat cranberries

Hakimy Zamri on February 17, 2012 at 8:59 PM said...

http://pengawasbaik.blogspot.com/2012/02/cranberries-datang-malaysia.html

singgah sini kak LULU :)

btw,thanks for the info..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!