Wednesday, February 22, 2012

Jom Derma Darah

Sepatutnya, selepas pertama kali menderma darah bulan september tahun lalu, lulu kena derma darah 3 bulan selepas tu.. bermakna bulan disember lah kan.. Bunyinya memang senang derma darah ni.. Tapi dah 3 kali lulu ke hospital, tekanan darah lulu agak rendah.. Memang kena reject awal-awal lagi.. Bila dah pergi 3 kali, mahu tak mahu kena jaga tidur, rehat yang cukup dan makan pun kena jaga.. Sakit hati tak dapat derma darah tepat 3 bulan..

Kononnya, keadaan ni memang normal bagi perempuan..
Dan bila lulu dah buat apa yang patut, tekanan darah still juga rendah, lulu dinasihatkan ambil iron tablets.. sehari sekali makan sebelum makan nasi.. Setahu lulu, ibu mengandung memang harus ambil pil ni.. :)

Dan, untuk kesekian kalinya, haraplah staff kat tabung darah tu tak muak tengok muka lulu ni kan..
Kesungguhan dan semangat nak derma darah memang tak pernah luntur..ekeke...
Lulu ke tabung darah hospital jumaat minggu lepas.. Bila pemeriksaan tekanan darah.. yes lepas.. :)
Alhamdulillah, nampaknya niat lulu hari tu tertunai dengan mudah...
Bangga , ngee, susahnya nak derma darahkan.. Bila dah derma, syukur sangat dalam hati..

Kali kedua ni pun lepas :)
Dan, insya-Allah, tabung darah, jumpa lagi 3 bulan akan datang, kalau takde halangan....
Dah ada buku merah kecik ni :)

P/S - Jom baca  pengalaman pertama lulu, menderma darah..

.

9 Penyokong CHELSEA:

TS on February 20, 2012 at 11:06 AM said...

jom same2 kite penuhkan buku merah ni sis.. :)

Nini D.. on February 20, 2012 at 11:11 AM said...

dulu masa bujang,Nini memang suka join mana2 badan yg buat kempen derma darah..tapi since kawen & dah ada CikMat..dah kene 'black-list" dgn cik abg doktor...BP low.tak tau bila BP tu nak stabil.haha

Woofer Storm on February 20, 2012 at 5:34 PM said...

dah lama tak p derma darah,asik bz sampai lupa..insyallah nak pergi jika ada masa terluang...

nuhara on February 21, 2012 at 3:04 PM said...

hara pun baru semlm derma darah :) first time tue :P

Lulu Caldina on February 21, 2012 at 3:18 PM said...

@nuhara tahniah :) best tak????

Ammar on February 22, 2012 at 3:37 PM said...

Best kan derma darah? Mana muka Lulu x nampak pun

Ce'gu JAERA on February 22, 2012 at 7:07 PM said...

saya tak pernah lagi nak derma darah.. dan saya sendiri pun tak tahu saya ni darah jenis apa...
ekekekeke (",)

Anonymous said...

salam , saya zira. Maaf kerana menggangu kawan-kawan.

saya memerlukan bantuan/pertolongan kawan-kawan bagi pihak kawan baik saya. Beliau perlu mengambil darah di pusat derma darah bagi tiap-tiap bulan. beliau menghadapi penyakit kurang darah dalam badan (mudah pitam).

syarat yang diperlukan untuk mengambil darah tersebut adalah dengan membawa salinan kad/buku derma darah kawan-kawan/ahli keluarga sebagai pertukaran/dikenakan bayaran.

BANTUAN YANG DIPERLUKAN ADALAH:
1)Salinan kad/buku derma darah (salinan perlu mengandungi butiran penderma serta tarikh derma)

Salinan tersebut bolehlah diemailkan kepada mszirahkl@gmail.com.

semoga dengan bantuan/pertolongan kawan-kawan, beliau dapat meneruskan kehidupan harian yang sempurna.

saya mohon juga, agar perkara ini diwar-warkan kepada kawan-kawan anda yang berhasrat untuk membantu.

Sekian, terima kasih.

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!