Friday, February 3, 2012

Murid pintar harapan keluarga, mati lemas


Dua mangsa lemas di Sungai Alor Pasir Kobena dekat sini lewat petang semalam, merupakan murid pintar Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 3 dan memiliki kegemaran yang sama dengan bapa mereka iaitu minat menternak serta bercucuk tanam pada hujung minggu.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Mahmud, 38, berkata, kegemaran dan minat yang sama itu menyebabkan kedua-dua arwah paling rapat dan sentiasa bersamanya sehingga tragedi lemas yang tidak pernah diduga itu sukar untuk diterima.

Menurutnya, anak keduanya, Mohd. Afiq Zulfikri adalah murid tahun enam dan pengawas sekolah berkenaan yang turut diharapkan oleh keluarga berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

"Harapan kami untuk melihat hasratnya mengharumkan nama sekolah tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya. Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit dekat sini pada pukul 12.10 tengah hari," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Bukit dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang semalam, tindakan seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang tergelincir ke dalam Sungai Alor Pasir Kobena dekat sini ketika membuang air kecil tidak berjaya apabila kedua-dua mereka ditemui mati lemas.

Mayat Mohd. Afiq Zulfikri Abdul Rahim, 12, dan Mohd. Amirul Zulhaika ditemui penduduk kampung dan pasukan penyelamat pada pukul 7 dan 7.16 malam semalam.

Menurutnya, Mohd. Afiq Zulfikri juga dianggap sebagai tonggak utama dalam keluarga kerana sering mengambil berat supaya keseluruhan adik-beradiknya menunaikan solat fardu lima waktu pada setiap hari.

Datuk mangsa, Mohd. Rahim Mat Adam, 58, berkata, dia yang bergegas ke tempat kejadian juga gagal menyelamatkan cucunya kerana keadaan air terlalu dalam iaitu melebihi empat meter sehingga terpaksa menggunakan buluh untuk menyelam ke dasar sehingga menemui mayat Mohd Afiq yang sudah tidak bernafas lagi ketika dibawa naik ke tebing.

Katanya, tragedi bermula apabila Mohd. Amirul Zulhaika tergelincir ke dalam sungai dari tebing pasir yang runtuh menyebabkan Mohd. Afiq Zulfikri terjun dan cuba menyelamatkan adiknya itu, diikuti abang sulung mereka Mohd. Alif Zulhakimi, 14.

Mohd. Alif Zulhakimi ketika ditemui memberitahu, ketika kejadian, ibunya, Norma Mohd. Rahim 35, berada tidak jauh dari kawasan berkenaan bersama adik bongsu mereka Nur Aliya Nabila berusia dua tahun, tetapi tergamam dengan kejadian yang berlaku.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Kayu Manis on February 3, 2012 at 9:26 AM said...

dia pindah ke alam lain..takziah..

insaf..bila pula masa kita..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!