Wednesday, February 1, 2012

Sakit kulit Hafizal makin melarat


Hidup seorang pemuda, Mohd. Hafizal Idris, 26, dari Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, dekat sini kian sengsara akibat penyakit kulit yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.
Penderitaan anak sulung daripada empat beradik itu juga semakin melarat sejak dua bulan lalu apabila keseluruhan badannya mengelupas, gatal dan berasa tidak selesa.
Ayahnya, Idris Sidik, 52, berkata, anaknya telah mendapat rawatan moden mahupun tradisional tetapi belum sembuh.

"Semasa Hafizal mendapat rawatan di Hospital Baling, memang terdapat perubahan, tetapi tidak berpanjangan sehingga keadaannya kembali seperti asal," katanya.

Menurut Idris, dia dan keluarga sentiasa memberi sokongan kepada Hafizal agar dia tidak kecewa dan terus tabah meneruskan kehidupannya yang tidak seperti rakan sebayanya.
Katanya, anaknya pernah bekerja sebagai pembantu gerai makan, tetapi terpaksa berhenti kerja ekoran masalah kesihatan itu.

"Saya bersyukur sebab Hafizal tidak pernah mengeluh dan reda dengan ketentuan-Nya," katanya sambil menambah beliau akan tersentuh apabila memikirkan mengenai masa depan Hafizal berikutan usianya yang masih muda.

Idris berkata, dia telah merayu bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban membiayai kos rawatan dan ubat anaknya itu.

"Setakat ini, ribuan ringgit telah dibelanjakan untuk rawatan Hafizal. Disebabkan itu, saya amat berharap pihak JKM dapat meluluskan bantuan agar dapat meringankan sedikit penderitaan Hafizal," katanya.
Sementara itu, penderitaan Hafizal mendapat perhatian Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang bersedia membawa masalah pemuda itu kepada doktor pakar secepat mungkin.

"Masalah Hafizal tidak boleh dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil, biarlah doktor pakar yang merawat masalah ini," katanya.

Abdul Azeez berkata, Hafizal akan dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur secepat mungkin.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Hafizal boleh menghubungi Idris di 019-5485616.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on February 1, 2012 at 10:28 AM said...

aduh kesiannya.. kita yg gatal2 sikit pun dah rasa tak selesa.. semoga penyakitnya cepat sembuh..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!