Tuesday, March 13, 2012

5 penjawat awam berdepan tindakan

Lima penjawat awam yang ditahan polis ketika leka bermain judi komputer baru-baru ini bakal dikenakan tindakan disiplin termasuk berdepan hukuman buang kerja jika didapati bersalah.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh berkata, mereka yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana berjudi tidak akan terlepas daripada tindakan disiplin kerana melanggar peraturan

Menurutnya, penglibatan penjawat awam dalam kegiatan itu dipandang serius kerana ia secara tidak langsung menjejaskan imej kerajaan negeri.

''Penahanan lima kakitangan kerajaan negeri yang leka bermain judi berkomputer baru-baru ini cukup memalukan dan mereka akan berdepan tindakan disiplin," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.







.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 13, 2012 at 10:50 AM said...

org macam-macam ..haish

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!