Tuesday, March 13, 2012

Jatuh dari tingkat 10

Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Tan Chee Boon, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh melalui tingkap bilik tidur rumah sewanya.

Pelajar tahun akhir itu dikatakan baru sahaja sampai ke rumah itu pada malam kelmarin selepas menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Taman Gunung Perak 2, Alor Setar, Kedah.






.

2 Penyokong CHELSEA:

blogger said...

Aduh,copy and paste yep.. : )

mujagirl92 on March 13, 2012 at 12:59 PM said...

aiyoo,, ad lagi manusia tak hargai nyawa :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!