Wednesday, March 7, 2012

Akhirnya, dia mulai sedar


Keadaan penjinak haiwan, Mohd Sabron Jamil Kamaruddin, 24, yang dipatuk ular tedung selar betina, Sabtu lalu, menunjukkan perkembangan positif dan mangsa kini sudah sedar daripada koma tetapi masih diberi sedatif.

Bapa mangsa, Kamaruddin Abdullah, 56, berkata kesan rosak pada tangan kiri anaknya mula mengecut, selain keadaan mukanya semakin kemerahan.
Beliau bersyukur kerana ada perkembangan positif pada anaknya selepas tiga kali pembedahan dilakukan bagi membuang bahagian daging yang rosak akibat bisa patukan ular.
“Dia sudah sedar selepas koma empat hari, namun masih diberi sedatif bagi mengelakkannya terkejut akibat kesan pembedahan, malah mukanya sudah mula kemerahan selain pembuangan najisnya juga agak normal.

“Saya harap keadaannya semakin baik serta pulih beberapa hari lagi walaupun dia mungkin mengalami kecacatan pada tangan kirinya akibat pembedahan membuang daging yang memburuk,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Sabtu lalu, Mohd Sabron yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertarung maut beberapa jam selepas dipatuk ular tedung selar ketika membersihkan sangkar haiwan berkenaan.





P/S - Berita terdahulu [KLIK]





.

2 Penyokong CHELSEA:

Ieymah Ismail on March 7, 2012 at 11:40 AM said...

Mudah-mudahan Mohd Sabron kembali sehat seperti biasa..

maszull on March 7, 2012 at 1:03 PM said...

assalamualaikum Lulu...mudah2an die sembuh seperti biasa ye...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!