Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh hari ini apabila seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang berjalan kaki meninggalkan pangkalannya di selatan Afghanistan melepaskan tembakan ke arah penduduk awam Afghan.
Askar itu ditahan sebaik sahaja dia kembali ke pangkalannya, menurut satu kenyataan daripada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang terletak di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Seorang anggota tentera AS ditahan hari ini berhubung satu insiden yang menyebabkan kematian penduduk awam Afghan di wilayah Kandahar," menurut kenyataan itu.
Seorang pegawai Barat berkata, askar itu keluar dari pangkalannya dengan berjalan kaki (pada awal pagi ini) dan mula melepaskan tembakan, sebelum kembali ke pejabat dan ditahan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment