Monday, March 5, 2012

Bila Chelsea kehilangan AVB..


Hari ni, lulu mulakan dengan berita mengejutkan..
Sejak kelmarin tak online, tiba-tiba pagi ni buka jer internet, nampaklah berita mengejutkan, menyedihkan dari kem Chelsea.. Memang dah banyak khabar angin.. Tapi lulu memang tak sangka, AVB juga akan mengalami nasib yang serupa dengan pengurus-pengurus sebelum ni.


AVB secara Official, telah dipecat dari Chelsea.

Avb memang seorang yang berbakat.. Membawa  kelab Porto mencipta sejarah, 4 kejuaraan hanya dalam 1 musim.. Tapi, sejarah itu tidak tercipta di The Blues. Melainkan rekod kalah dan seri yang tidak berkesudahan, juga menyaksikan chelsea kehilangan beberapa pemain yang hebat seperti Anelka.. Huhu, memang tidak dinafikan AVB membawa kelab ini kepada rekod terburuk sepanjang kelab dimiliki oleh antara orang terkaya, Roman..


Nampak sangat, AVB tidak sesuai buat Chelsea. Sejak ada AVB, ramai pemain meluahkan rasa tidak puas hati.. Terutama buat player senior. AVB memang seorang pengurus berbakat, tapi dia tidak sesuai di Chelsea.


Chelsea oh chelsea..
Soalan yang biasa akan kita tanya, siapakah yang bakal menduduki kerusi panas - pengurus the blues selepas ini?? Bagi lulu, Pengurus itu tidak seharusnya seorang yang memiliki rekod terbaik, bukan juga seorang yang berpenampilan, yang paling penting, pengurus baru itu dapat menyatukan semangat seluruh pemain the blues.. kembali ke jalan yang betul dan kembali meraih kejuaraan..



Keadaan ni biasa dalam bolasepak.
Ada jatuh dan ada bangunnya..



P/S - Thanks Andre Villas-Boas, kerana menjadi pengurus Chelsea. Walaupun hanya sementara...




Sekian dari peminat setia Chelsea :p



.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 5, 2012 at 10:30 AM said...

masalahnya pengurusan Chelsea ni sama macam pengurusan Real Madrid. Nak cepat menang.. Amik orang baru pastu dia nakkan keajaiban yang macam mana Mourinho lakukan dulu. mana boleh. Jose maurinho tu ada keajaiban kat tangan dia. tak semua pengurus boleh jadi macam dia..

park_hyun_fiq said...

hey blue ladies..kekeke..
tetibe bleh sesat kat sini..
sronok jugak ade ladies yang minat chelsea..
nak cakap pasal AVB,banyak mende nak cite..huuuu

fRaMe+LenSeS on March 12, 2012 at 9:11 AM said...

kita doa ja la De Matteo ni leh amek tempat tu. :D susah jugak bila masuk satu musim nak menang macam2. :D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!