Monday, March 5, 2012

iPad 2 lebih murah?


Apple Inc. dilapor bakal memperkenalkan komputer tablet iPad 2 yang lebih murah serta dua lagi model iPad 3 dalam satu majlis pelancaran pada minggu depan, jelas laman berita teknologi Taiwan.
Laman web DigiTimes yang beribu pejabat di Taiwan memetik satu sumber pembekal gajet itu sebagai berkata, Apple akan melancarkan dua model iPad 3 yang menawarkan kapasiti 16 gigabit (GB) dan 32 GB serta model iPad 2 dengan kapasiti 8 GB.

"Selain produk iPad 3, Apple juga akan memperkenalkan gajet iPad 2 kapasiti 8 GB dengan membenarkan tablet komputer peribadi (PC) itu menampung segmen berbeza dan melindunginya daripada tablet PC lain yang berasaskan program Windows 8," kata DigiTimes.

Jelas DigiTimes, dengan tempahan yang semakin banyak diterima, pengedaran iPad 3 pada suku pertama tahun ini dijangka meningkat dua kali ganda daripada anggaran asal.

Model iPad 3 yang akan dikeluarkan dijangka mempunyai panel skrin sebesar 9.7 inci definisi tinggi sepenuhnya QXGA dengan resolusi 2048x1536 (264dpi) serta dua lampu LED sebagai cahaya latar tablet tersebut.

Sementara itu, satu artikel berasingan di laman CNET menyatakan, gajet iPad 2 itu merupakan antara usaha Apple untuk mencabar tablet alternatif lain yang lebih murah dan popular seperti Amazon Kindle Fire atau Barnes & Noble Nook.

Katanya, Apple telah mengikut strategi sama pada tahun lalu apabila mereka mengeluarkan telefon pintar model iPhone 4S yang menawarkan kapasiti 8 GB pada harga AS$99 (RM296) dengan perjanjian selama dua tahun.

Telefon pintar iPhone 4 kapasiti 16 GB dan 32 GB dijual pada harga AS$199 (RM596) sebelum pengumuman itu dibuat.

"Dengan beberapa cabaran daripada tablet alternatif di pasaran, Apple terpaksa menawarkan iPad yang lebih murah kepada pembelinya.

"Jika syarikat itu mengikut model iPhone, mereka akan menawarkan gajet iPad 3 pada harga penuh dan gajet iPad 2 pada harga diskaun," ujarnya. - AGENSI











.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!