Friday, March 9, 2012

Dipenjara kerana baling selipar


Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu, berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil di dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli. - BERNAMA




.

3 Penyokong CHELSEA:

Fuhpixel on March 9, 2012 at 9:48 AM said...

saje cari pasal.. jangan hina makamah.. huh

Mama Ishazah on March 9, 2012 at 11:03 AM said...

apa kesalahan sebenar yg membawa dia ke mahkamah??

AIRA on March 9, 2012 at 11:29 AM said...

kau ingat duk kat iraq ke dok baling kasut...ini malaysia..ada undang2..hormatla sikit.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!