Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Adnan Awang, 59, dari Kampung Sireh, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada kepalanya.
"Beliau gagal mengawal motosikalnya yang bergesel dengan treler menyebabkan mangsa tercampak ke bawah badan treler dan kepalanya digilis," katanya ketika dihubungi di sini.
Azham berkata, ketika kejadian, treler itu menghala ke Jalan Sultan Ibrahim manakala Adnan pula dari arah Jalan Hospital.
Sementara itu, anak bongsu mangsa, Nor Adilah Adnan, 23, berkata bapanya ke farmasi berkenaan untuk membeli ubat bagi penyakit gout dan darah tinggi.
"Selepas ke kedai, bapa sepatutnya terus ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - BERNAMA
.
1 Penyokong CHELSEA:
selalu sgt berlaku.. itu yg takut bawa motor. tapi ajal bukan sebab motor.. alfatihah.
Post a Comment