Monday, March 19, 2012

Fabrice Muamba.. siapa dia?


Pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba dilaporkan tenat selepas rebah di tengah padang ketika pasukannya berdepan Tottenham Hotspur pada suku akhir Piala FA sabtu lalu.
Perlawanan itu terpaksa dibatalkan ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum separuh masa pertama apabila Muamba, 23, tiba-tiba rebah di tengah padang.

Muamba sebelum kejadian itu

"Muamba kini dilaporkan tenat dan sedang dirawat di Pusat Jantung The London Chest Hospital, dan tiada sebarang maklumat dapat didedahkan pada masa ini.

"Pihak pengurusan kelab dan hospital berharap supaya media dan orang ramai dapat menghormati perasaan keluarga Muamba ketika ini," kata kenyataan media Bolton.


Dalam aksi ketika itu, Muamba tiba-tiba rebah dipercayai kerana serangan jantung. Tiada mana-mana pemain terlibat dalam insiden itu sebelum perlawanan dihentikan pengadil, Howard Webb.

Terdapat beberapa pemain Bolton yang dilaporkan menangis ketika mengelilingi Muamba yang segera dikejarkan ke hospital.
Muamba merupakan pemain skuad bawah 21 tahun England, dan pemain kelahiran Congo itu mula menyertai Bolton dari Birmingham City pada 2008 dengan yuran perpindahan sebanyak $7.9 juta (RM24 juta)

Tuncay Sanli

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Bola Sepak (FA) England, David Bernstein juga mengucapkan takziah kepada keluarga Muamba.

"Muamba adalah pemain yang hebat dan telah beraksi sebanyak 33 kali bersama skuad muda England.


"Kami bersimpati dengan insiden yang menimpanya dan berharap dia segera pulih seperti biasa," kata Bernstein. - Reuters




P/S - Terkini, Muamba disahkan masih kritikal di ICU, London Chest Hospital. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bolton, pasukan perubatan terpaksa mengambil masa selama 2 jam untuk membuatkan jantung pemain muda itu kembali berfungsi.







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!