Artis popular, Asmawi Ani atau Mawi, 31, akhirnya memperkenalkan puteri sulungnya, Cahaya Malaika kepada umum.
Biarpun sebelum ini menegaskan hanya mahu memperkenalkan anaknya itu pada satu majlis kesyukuran yang akan diadakan kelak, namun Juara Akademi Fantasia musim ketiga itu mendedahkan juga wajah zuriatnya itu atas permintaan peminat.
"Pada awalnya saya ingin memperkenalkan anak dalam satu majlis kesyukuran tapi atas permintaan ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Cahaya Malaika, saya izinkan fotonya disiarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mawi berkata, keputusannya menyiarkan foto puteri sulungnya itu diharap dapat memuaskan hati peminat dan media.
Artis itu sebelum ini tidak membenarkan pihak media merakam wajah anaknya itu yang dilahirkan pada 28 Februari lalu di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor.
.
2 Penyokong CHELSEA:
comelnya..
comel..but belom nampak lagi ikut rupa siapa..ikin kut..hehehe....
Post a Comment