Monday, March 5, 2012

Hikayat Little Adam

 
dulu masa adam kecik-kecik masa nakal-nakal dulu, my mum pernah pesan
"adam, kalau adam mintak kat umi something, then umi tak boleh bagi kat adam, adam
mintak ngan Allah sebab Allah tu ada segalanya"

“okaih mummy !!” budak kecik yang sangat nakal, pandai menjawab.

Sambil tengah lompat lompat satu petang, adam nampak kupu kupu, cantik. Kupu kupu tu terbang terbang.

Nama pun budak kecik, pantang tengok semua nak. Saya nak bunga, nak bunga ros, sebab
seminggu sebelum tu mak cik adam beli bunga ros kaler merah, tapi bunga tu bunga plastic je la, “adam nk juga” haha tapi kena cubit telinga ngan my mum. And nak seekor kupu- kupu. So nak bunga dan kupu kupu. Sangat sangt adorable, budak kecik yang innocent kena tarik pelinga sebab mintak bunga and kupu kupu.

so adam mintak kat Allah, mintak benda yang senang…
lama adam tunggu, sedih sebab ingat Allah tak nak kasi.


then satu hari, adam dapat pokok yang kecil. Pokok tu tak cantik pon nak Figure 1 hehebudak ni bukan saya belai-belai pun tak boleh sebab kat batang pokok tu ada duri, menyusahkan betol !!!

tapi ok la kan? at least adam ada pokok yang boleh dibuli (saya selalu cabut daun daun pokok tu buat duit masa main masak masak). Puas hati!! hehe tapi pokok tu tetap membesar subur.

Satu hari masa nak pergi buli pokok duri duri tu (masa tu tak tau apa nama pokok tu) adam perasan ada ulat bulu pulak kat pokok tu !!! arh !!
dah la adew duri, buruk!! then ade ulat bulu pulak tu, umi cakap jangan usik ulat ulat tu nanti kalau kena tangan nanti tangan jadi gatal uh !!!

(kecewa)

One day, adam terperasan pokok tu macam ada bonjol benjol kat celah celah daun macam putik bunga kecil kecil dan sangat sangat banyak banyak. ulat ulat tu pulak dah hilang. Benda lain pulak macam ada siput kat pokok duri tu banyak juga. tp adam tak kisah, tengok je, lepas tu dah tak main sangat sebab nak kena ikut abah and umi pergi KL. Seminggu.

Balik dari KL sampai malam, tak sedar pun sebenarnya sebab da penat melompat petang
tu, so masa sampai rumah da terlentok, tau tau dah kena angkat tido kat dalam bilik (time tu still kecik so ringan je la hehe).
pagi tu masa adam ikut abah nk pergi solat subuh adam nampak putik putik kat pokok tu dah besar siput siput tu pulak dah besar macam nak pecah

masa adam balik dari masjid waktu matahari mula bersinar embun kecil masih ada kat hujung daun dan rumput kat taman rumah waktu burung burung berkicau waktu udara nyaman dan segar adam nampak putik putik yang menyakitkan hati kat pokok tu dah hilang.

yang ada kat pokok tu adalah puluhan ros merah yang berkilau dipancar matahari pagi bau dia wangi sangat tapi belum habis lagi, adam nmpak siput siput tadi
pecah, yang ada hanya kupu-kupu macam warna.. berterbangan hinggap kat bunga bunga ros.

 
3 bunga kat rumah saya tu lagi cantik sangat !! cantik dari ni hehe

baru adam faham betapa sayang Allah kat adam, adam mintak sekuntum Allah bagi sepohon bunga mawar sekuntum yang adam mintak akan layu tapi sepohon bunga yang Allah bagi akan terus berbunga, seekor kupu kupu yang adam minta akan terbang dan lari atau mungkin mati sehari dua after that tapi sekumpulan kupu-
kupu yang Allah bagi akan terus berterbangan sekeliling pokok mawar adam akan terus membiak


terima kasih Allah, Dia memberi yang terbaik dengan cara yang terbaik,
itulah tanda kasih sayang Allah




a true story of me .. with love adam edruce bin syed Muhammad.






P/S - Cerita dikongsi menerusi lulu.caldina@gmail.com
Jika anda miliki cerita menarik, mari berkongsi di Lulu-Pages






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!