IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket  Banner  Banner Photobucket create your own banner at mybannermaker.com!

Meh Jenguk~Blog alin

Saturday, March 3, 2012

Isteri Menteri Luar Australia Yang Baru Berasal Dari Perak


Terdapat sentuhan Malaysia dalam pelantikan Bob Carr sebagai Menteri Luar yang baru bagi Australia.
Isteri beliau, Helena, berasal dari Perak, sebuah negeri di utara Malaysia dan kampung halamannya pula ialah Taiping yang terkenal sebuah bandar yang aman, senyap dan tenang.

Pasangan ini kedua-duanya berusia 64 tahun bertemu jodoh pada tahun 1972 semasa bercuti di Tahiti, sebuah pulau terbesar dalam kelompok Polynesia Perancis, dan berkahwin tahun berikutnya di Sydney.

Helena, yang ibu bapanya berketurunan campuran India-Cina datang ke Sydney pada 1965 untuk melanjutkan pelajaran di Our Lady of Mercy College di Parramatta dan kemudian meneruskan pengajian utama di bidang ekonomi di University Sydney.

Anak bongsu daripada enam orang adik beradik ini adalah seorang yang berkedudukan berada sebagai ahli perniagaan wanita yang berjaya mengendalikan operasi percetakan komersial sebelum menjual perusahaan tersebut pada tahun 2004.

Helena menyertai Menteri Kewangan Senator Penny Wong, dari Sabah, sebagai bekas warganegara Malaysia yang kini berada di barisan hadapan arena politik di Australia.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard hari ini mengumumkan bahawa Carr, bekas Perdana Menteri New South Wales itu akan menyertai senat untuk dilantik sebagai menteri luar, semasa beliau menggariskan rombakan dalam kabinetnya.
Perlantikan Carr itu adalah sebahagian daripada rombakan kali kedua jawatan menteri dalam tempoh tiga bulan.


Ini berikutan perletakan jawatan bekas menteri luar Kevin Rudd, selepas beliau gagal dalam cubaan mengambil alih pucuk kepimpinan. Rudd kini menduduki kerusi di barisan belakang. Carr berkata beliau tidak dapat menolak tawaran untuk menyumbangkan lebih khidmat dalam perkhidmatan awam.

"Anda tidak memilih masa, seringkali masa yang memilih anda," katanya di satu sidang akhbar. -BERNAMA





.

1 Penyokong CHELSEA:

Sam Banjamin on March 3, 2012 10:52 AM said...

dunia ni kecik je.. ke mana2 pun.. ade 'orang kite'....

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

jom singgah..

Labels

Aku (235) Aneh (714) Artis kita (731) Artis Luar Negara (875) Berita (771) Bintang sukan (213) BPL (41) Buat Renungan (615) Cabaran 30 hari (31) Chelsea FC (127) Contest/GiveAway (175) Etika (1329) Follower Bertuah (13) Gambar (112) Hobi (2) Holiday (11) info (608) Kami Prihatin.. (323) Kemalangan (710) Kesihatan (16) Lucu (41) Mari masak With LULU (19) Movie (61) Segmen (110) Skandal (61) Sukan (50) Tutorial Lulu (11) Wordless Wednesday (44)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!