Pelakon Lindsay Lohan semalam secara rasmi tamat menjalani tempoh pengawasan selama lima tahun selepas ditahan memandu dalam keadaan mabuk pada 2007 dan ditahan kerana memiliki kokain.
Penyanyi dan aktres itu turut diberitahu mahkamah supaya menjalani kehidupan dengan lebih matang dan berhenti mengunjungi kelab malam.
Lohan, 25, turut dipuji kerana berjaya menamatkan hukuman khidmat masyarakat selama sebulan di rumah mayat di sini.
"Dia mematuhi semua arahan mahkamah dan tempoh pengawasan tersebut telah tamat hari ini,'' ujar Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Stephanie Sautner.
Dia yang memakai kot serta seluar berwarna biru, tersenyum sebaik hakim mengumumkan tempoh percubaannya berakhir dan kelihatan lega sambil memeluk peguamnya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Sayanglah si Lindsay ni.Bakat tenggelam dek masalah.
Post a Comment