Thursday, April 26, 2012

Hattan jadi Datuk


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang dan penyanyi rock terkenal, Hattan antara 152 individu yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan penganugerahan tersebut pada majlis yang diadakan dalam dua sesi berasingan iaitu pagi dan petang. Seramai 77 orang menerima DIMP pada sesi sebelah pagi manakala 75 lagi menerimanya pada sebelah petang termasuk personaliti TV3, Karam Singh Walia. - UTUSAN






.

3 Penyokong CHELSEA:

Peluang Kerja Seumur Hidup on April 27, 2012 at 12:09 AM said...

Tahniah la Datuk Hattan. Lepas ni buat album baru tau. Minat sangat dengan suara Datuk. Tahniah Datuk.

Peluang Kerja Seumur Hidup on April 27, 2012 at 12:10 AM said...

Tahniah Datuk

sherah on April 27, 2012 at 1:01 AM said...

ish33.....apalah sumbangan dia...takdak apa rasanya..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!