Wednesday, April 4, 2012

London Bersihkan Pelacur Jalanan


Menjelang sukan olimpik, jalan di kota London mula dibersihkan supaya lebih kondusif. Para pelacur jalanan yang biasa beroperasi di jalan London juga turut 'dibersihkan'. Sejak akhir-akhir ini jumlah pelacur semakin meningkat berbanding setahun yang lepas. Dipetik dari sebuah akhbar, sejak Januari polis telah menahan seramai 44 pelacur.

Jumlah itu sama dengan pelacur yang ditangkap sepanjang 2011. Kerajaan bahkan telah menetapkan jam operasi baru untuk para pelacur, dan mereka dilarang mendekati beberapa titik di bandar yang akan digunakan dalam Olimpik. Selama 18 bulan terakhir, 80 rumah pelacuran yang beroperasi di wilayah Newham, London, juga telah ditutup. Di 32 wilayah London yang lain, ada 29 rumah pelacur lain yang juga mengalami nasib serupa.

"Kami melakukan ini kerana kegiatan pelacuran meningkat secara membimbangkan di wilayah-wilayah yang akan dijadikan tempat penyelenggaraan Olimpik," kata Andrew Boff, jurucakap DPRD London.
Sementara itu, jurucakap wilayah Tower Hamlets, London, menghebahkan bahawa penangkapan para pelacur jalanan ini tidak ada kaitan dengan persiapan Olimpik. "Kami melakukannya untuk mengatasi keluhan masyarakat," katanya.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!