Sunday, April 29, 2012

Maut tersepit jentera


Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini.

Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut. Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat. "Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.-kosmo





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!