Friday, April 20, 2012

Pelakon ini dibunuh kejam..


Mayat model dan pelakon pendatang baru Bollywood kelahiran Nepal, Meenakshi Thapa, 26, ditemui di dalam tangki sebuah rumah di Allahabad, Uttar Pradesh, dengan kepalanya dipenggal, lapor polis bandaraya ini.

Isnin lalu, polis menahan sepasang kekasih dan suspek utama, dikenali sebagai Preeti dan Amit yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat aktres malang itu.
Pesuruhjaya Polis Shailesh Kumar berkata siasatan yang dijalankan mendapati pasangan itu mengumpan Meenakshi untuk mendapatkan watak di dalam sebuah filem dan pergi bersama ke Allahabad.
“Mereka menyangka bahawa Meena datang daripada keluarga kaya dan tidak akan teragak-agak membayar wang tebusan jika dia diculik,” katanya.


Bagaimanapun kedua-dua mereka akhirnya bertindak membunuh Meenaksi dan memenggal kepalanya untuk mengelirukan pihak polis,” katanya.

Meenakshi berasal dari Nepal dan menamatkan pelajaran peringkat tinggi di Dehradun. Dia popular sebagai model ketika berada di kolej dan pergi ke Mumbai dengan impian menjadi pelakon terkenal, namun hanya memperoleh tawaran watak kecil. – Agensi





.

2 Penyokong CHELSEA:

mayangbakingmadness on April 20, 2012 at 5:58 PM said...

SALAM KENAL... SIAN DIA .. LAST2 MMG DIA POPULAR LE MASUK TV MASUK SURAT KHABAR SUMA BAGAI ..TP BKN SBB BAKAT TAPI SBB CARA KEMATIAN DIA ...HUHUHU

FarizAtie on April 20, 2012 at 10:33 PM said...

dunia2 ape nak jd laaaa

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!