Monday, April 2, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU, AZZA DAN AZLAN


Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga. Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.

"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak lelaki.
Wang hantaran sebanyak RM10 ribu. Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.

Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu. Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang. Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.


Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. -Mstar





.

1 Penyokong CHELSEA:

CINTA UNTUK KITA on April 2, 2012 at 9:05 AM said...

tahniah utk azza.. moga kkl.. ;p amin..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!