Monday, April 2, 2012

Mereka kembar, tapi benar-benar berbeza


Saudara kembar biasanya selalu kelihatan mirip, mula dari bentuk wajah, warna kulit, rambut, warna mata dan tinggi badan. Namun dalam keadaan yang jarang berlaku, saudara kembar boleh kelihatan berbeza kerana memiliki warna kulit, rambut dan mata yang berbeza, seperti yang terjadi pada Kian dan Remee.

Kian dan Remee (7 tahun) merupakan saudara kembar yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Tapi jika dilihat, dua gadis ini nampak sangat berbeza. Kian memiliki kulit yang hitam, rambut hitam dan mata coklat besar, seperti anak keturunan Afrika. Sedangkan Remee berkulit putih, rambut perang dan mata biru.

Meskipun kelihatan berbeza, dua gadis ini benar-benar kembar yang lahir dengan jarak hanya satu minit. Kian dan Remee mewarisi 1 dari 1 juta kombinasi gen orangtua mereka. Si ibu Kylee Hodgson berkulit putih sedangkan ayahnya Remi Horder berkulit hitam.

Walaupun berbeza warna kulit, rambut dan mata, saudara kembar ini memiliki senyum nakal yang sama dan memiliki ikatan batin yang sangat dekat. Kini mendekati ulang tahun kelahiran mereka yang ketujuh, Kian dan Remee tidak pernah bertanya mengapa mereka tidak kelihatan sama, juga tidak pernah mengalami prasangka rasis.

"Mereka seperti contoh sempurna. Mereka tidak peduli dengan warna kulit mereka. Ini bukan menjadi masalah besar yang seperti orang lain lihat. Hal ini tidak penting sama sekali bagi mereka," ujar ibu, Kylee Hodgson (25 tahun), yang tinggal di Dudley, West Midlands.

Kian dan kakaknya Remee yang berumur 60 minit lebih tua, lahir pada April 2005 melalui pembedahan caesar. Saat lahir, Kylee mengatakan dua gadis kecilnya memiliki mata biru yang indah, tapi rambut Remee perang sedangkan Kian hitam dengan warna kulit lebih gelap.

Ketika Kian dan Remee kecil, mereka dilihat hampir sama. Kylee pun terfikir mereka akan kelihatan sama satu hari nanti. Namun semakin besar, perbezaan pada dua gadis ini semakin menonjol."Orang akan bertanya kenapa kami menggunakan anak-anak dengan pakaian yang sama. Saya hanya akan mengatakan kerana mereka kembar. Ramai yang tidak percaya. Tapi semua orang di daerah saya harus tahu mereka adalah saudara kembar dan menerimanya," ujar Kylee.

Kemungkinan perkawinan ras campuran untuk mendapatkan anak kembar beza warna sangat jarang, hanya 1 berbanding 1 juta. Warna kulit diyakini ditentukan oleh tujuh gen berbeza yang bekerja sama.
Jika orangtua berasal dari ras campuran, telur atau sperma akan mengandung campuran kod genetik untuk kulit baik hitam dan putih. Namun, jika kedua telur dan sperma mengandung semua gen putih, bayi akan memiliki kulit putih. Dan jika keduanya hanya mengandung versi yang diperlukan untuk kulit hitam, bayi akan menjadi berkulit hitam.





.

4 Penyokong CHELSEA:

lepak.com.my on April 2, 2012 at 12:34 PM said...

lulu....nak share cerita ni kt blog saya yer...nice story

Lulu Caldina on April 2, 2012 at 3:07 PM said...

@lepak.com.my ya, silakan..

Amirul farid on April 2, 2012 at 4:40 PM said...

cool blog :)

Amirul farid on April 2, 2012 at 4:40 PM said...

cool blog :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!