Pelakon Mila Kunis mempunyai tabiat yang luar biasa. Walaupun sudah dewasa, namun kekasih Ashton Kutcher ini masih belum berenggang dengan koleksi anak patungnya. Menurut Mila, dia sangat menyayangi anak patung beruang yang dimiliki sejak berusia sembilan tahun. "Saya sangat sayangkannya dan saya mahu ia sentiasa berada di sisi saya.
"Malah saya juga tidak segan silu untuk membawanya ke mana saja," kata Mila. Bagaimanapun, pelakon jelita ini masih belum bersedia mendedahkan anak patung beruang kesayangannya itu kepada khalayak. Sebaliknya, dia lebih gemar menyimpannya sendiri. "Mungkin suatu hari nanti saya akan berkongsi ia dengan dunia, tetapi hari ini ia milik saya sahaja," ujarnya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
haha ..minat teddy bear la tu
hukaloh ..laki aku ade banti bucuk tak kecoh ...
Post a Comment