Tuesday, May 1, 2012

Anda minat Hello Kitty? Jom naik penerbangan yang penuh dengan Hello kitty (6 gambar)


Ianya berasal dari London dan telah menjadi salah satu kucing fiksyen yang paling popular di planet ini.


Kini ikon watak kartun Jepun, Kitty White menuju ke langit setelah syarikat penerbangan Taiwan Eva melancarkan tiga pesawat khas bertemakan Hello Kitty dalam usaha untuk meningkatkan industri pelancongan negara yang sedang merundum.


Hello Kitty menjadi motif serta-merta diseluruh pesawat dan segala-galanya daripada kaunter self check in sehinggalah ke dalam kapal dimana Hello Kitty meliputi segala-galanya termasuk pilihan hidangan menu yang direka khas.


Penumpang juga boleh melihat karekter itu pada tisu, cawan kertas, peralatan, botol susu, makanan ringan, dispenser sabun, losyen tangan, makanan dan ais krim.


Penumpang juga boleh membeli edisi terhad produk yang bebas cukai, seperti pasta berbentuk Hello Kitty- daripada atendan penerbangan yang memakai apron Hello Kitty.







P/S - Kalau blogger naik kapal terbang macam ni, mesti sawan sebab nak ambil banyak gambar dan buat entri dalam blog ^__^





.

3 Penyokong CHELSEA:

anys nadhilah on May 1, 2012 at 10:25 PM said...

omg pengsan ... saya peminat hello kityy , hehe

Miss Amateur Cook on May 1, 2012 at 11:01 PM said...

comel giler! bestnye kalau dpt naik flight mcm ni. ^_^

Solehah Shamsuddin on May 2, 2012 at 1:16 AM said...

ahakkk kak lulu ni mcm tau2 je.klu sy dapat naik kapal terbang ni,konfim beratus2 gambar saya ambil.hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!