Monday, May 14, 2012

Hadiah ''istimewa' di hari ibu?

Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin. ‘Hadiah’ daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar.

Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.

Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.






.

5 Penyokong CHELSEA:

rebellion on May 14, 2012 at 8:43 AM said...

Tiap2 hari adalah hari ibu bagi aku :D

Unknown on May 14, 2012 at 9:17 AM said...

hai....x mak dera anak......anak pulak dera mak....apa la manuasia akhir zaman la ni...

maszull on May 14, 2012 at 9:34 AM said...

assalamualaikum Lulu....kesian nyer ada juga anak yg derhaka mcm ni sanggup menumbuk ibunya gara2 wang...:)

Solehah Shamsuddin on May 14, 2012 at 9:38 AM said...

pekehal la laki tu?dy xsdr ke yg dy pukul tu mak dy sndiri.dy tu xsyg mak dy ke ape...

Nini D.. on May 14, 2012 at 9:39 AM said...

kesian ibu ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!