Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris semalam dalam perlawanan terakhir musim 2012 yang penuh dramatik. City meledakkan dua gol dalam masa kecederaan ketika bangkit mengalahkan Queens Park Rangers 3-2, sekali gus menjulang gelaran liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun. Manchester United yang turut melakar kemenangan 1-0 di Sunderland bagi menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands. "Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini.
Arsenal pula menamatkan saingan pada tangga ketiga selepas mengetepikan West Bromwich Albion 3-2, sementara pasukan yang berada dalam zon penyingkiran, Bolton Wanderers menjadi kelab terakhir jatuh ke divisyen dua selepas sekadar seri 2-2 dengan Stoke City. Tottenham Hotspur pula mengalahkan Fulham 2-0 dan kekal berada di tempat keempat dalam carta liga yang sekali gus menjamin tempat mereka ke Liga Juara-Juara. - AFP
P/S - Kalau chelsea menang Juara liga, automatik akan layak ke juara liga musim depan. Tahniah City, takziah MU ;) Game yang sangat dramatik okeh
.
1 Penyokong CHELSEA:
takziah juga buat Chelsea... ekekeke.. Harap2 team Chelsea boleh menang untuk Campion League nanti.. Dapat juga la layak secara automatik kan.. Mesti sokong kelan2 Inggeris.. (",)
Post a Comment