Sunday, May 27, 2012

Kris Dayanti hamil lagi..


Baru melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya.

Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya. -mstar





.

1 Penyokong CHELSEA:

Mira Amirudin on May 27, 2012 at 6:23 PM said...

rezeki melimpah ruah...huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!