Friday, May 4, 2012

Pameran Dinosaur Hidup Semula di Pusat Sains Negara


Pameran Dinosaur ‘Hidup Semula’ kembali diadakan di Pusat Sains Negara buat kali kedua dengan menampilkan lebih 30 spesies haiwan purba berkenaan dengan pendekatan lebih interaktif dan realistik menggunakan teknologi animatronik. Pengarah Pusat Sains Negara, Prof Madya Dr Irmawati Ramli, berkata pameran selama tiga bulan berkenaan bermula secara rasmi semalam, akan membawakan pengalaman menyeluruh merangkumi habitat, maklumat mengenai penemuan haiwan itu, pergerakan juga bunyian dan banyak lagi.

“Pameran dilancarkan secara rasmi hari ini (semalam) adalah anjuran bersama Cityneon Holdings dan EMS Holdings, bermula 1 Mei hingga 31 Julai dengan tujuan memberi pendidikan secara berhibur pada zaman prasejarah mengikut spesies yang ada. “Antara aktiviti disediakan adalah lawatan berkumpulan, sesi aktiviti, pertandingan berlumba dengan dinosaur, kiosk dinosaur (mewarna dan melukis), ekspedisi dan menunggang haiwan berkenaan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Kumpulan Cityneon Holdings, Ko Chee Wah;
Pengerusi EMS Holdings, Datuk Jared Lim; Ketua Pengurus Cityneon Holdings, Ong Chun Teck dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara, Dr Phyllis Lam Li Wan. Bayaran masuk RM15 bagi dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun, pelajar dengan kad pengenalan, serta percuma bagi kanak-kanak berumur bawah enam tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.dinosaurslive.con.my atau www.facebook.com/dinosaurslive.my.






.

2 Penyokong CHELSEA:

aizamia3 on May 4, 2012 at 11:02 PM said...

anak akak baru pergi ke sana.. akak je yang ketinggalan tak tau ada apa kat situ..

nana on May 5, 2012 at 3:09 AM said...

eh, ada lagi sekali. hari tu dah penah pegi dah sekali. Ok lah jugak. Interesting :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!